Karier Paulo Rangel

Perak FA

Pada bulan April 2013, Perak FA menandatangani Rangel secara pinjaman dari kelab Liga Perdana Thailand Muangthong United FC dengan nilai yang tidak dinyatakan. Rangel memulakan penampilan pertamanya pada 14 April, menentang PKNS FC dan beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya. Perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2. Paulo Rangel mula disukai para penyokong dan peminat Perak FA apabila menjaringkan gol hatrick menewaskan pasukan bintang yang baru dibentuk Darul Takzim FC 3-0 di Stadium Lumut. Penyokong menyifatkan bahawa Rangel adalah penyerang import yang terbaik semenjak kegagalan dua penyerang import sebelumnya iaitu Lazar Popovic serta Karim Rouni.

Selangor FA

Dengan keinginan kekal bermain di Malaysia, pada November 2013, Rangel menyertai Selangor FA[1][2] selepas Selangor menebus kontraknya bersama Muangthong United FC yang bermain di dalam Liga Perdana Thai. Rangel membuat kemunculan gemilang dengan menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 2-0 Selangor ke atas T-Team FC[3] di Stadium MBPJ dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super Malaysia pada 18 Januari 2014 dan seterusnya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan menentang Harimau Muda C[4] dalam saingan Piala FA Malaysia pada 22 Januari 2014.

Terengganu FA

Pada 26 November 2014, Rangel menyertai Terengganu FA setelah dilepaskan oleh pengurusan Selangor FA.

Johor Darul Takzim FC

Pada 29 Disember 2015, Rangel menyertai Johor Darul Takzim FC setelah dilepaskan oleh pengurusan Terengganu FA sejak Oktober 2015[5]. Upacara menandatangani kontrak dilakukan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru. Beliau menggantikan Luciano Figueroa pemain import yang bersara, untuk melengkapkan kuota empat pemain import dan bekerjasama dengan penyerang utama import Jorge Pereyra Díaz untuk musim 2016. Pemain berasal daripada Brazil itu menyifatkan tawaran untuk bersama Juara Piala AFC 2015 seperti 'Impian Menjadi Kenyataan' dan menganggap Juara Liga Super itu sebagai pasukan terbaik di Malaysia.[6] Beliau berjanji untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk pasukan dalam setiap latihan dan setiap perlawanan. Penaung pasukan Johor Darul Takzim, Tunku Ismail selaku Tunku Mahkota Johor menyatakan bahawa berdasarkan prestasi untuk kelab-kelab sebelumnya, Rangel adalah pemain yang sentiasa mengekalkan rekod jaringan yang baik dan sangat berpengalaman dalam bola sepak tempatan.